­

Review:Cintaku Tertinggal DI Korea (Ania Malna)

by - 00:23


Front Cover


Back Cover


Tajuk: Cintaku Tertinggal Di Korea.
Penulis: Ania Malna
Terbitan:Karya Seni
Harga:RM 26.00
Masa yang diambil untuk menamatkan novel ini: 1 hari setengah.

Sipnosis kasar:
Mengisahkan percintaan antara Son Minhyuk si jejaka Korea dan Aimin Hazwani gadis Malaysia yang berputik ketika Aimin belajar di Korea.Percintaan mereka yang yang dugaan kerana tidak sama agama dan status kedudukan yang ibarat pipit dan enggang.Berlaku pula tragedi yang membuatkan Aimin koma dan bertarung nyawa untuk hidup.Dapatkah hubungan cinta mereka bertemu dengan kebahagian?Atau perlukah Aimin meninggalkan cintanya itu di Korea?Kalau nak tahu lebih lanjut kene la beli novel ini ya.... hahahah tak nak bagi spoiler.

Scene favourite: 
Bila Minhyuk bawak Aimin pergi ke Lotte World lepastu time tu ada concert artis kpop.Banyak la fans semua rupanya concert dari kumpulan BTOB.Part kelakar bila fans sebelah minhyuk dan aimin menjerit nama 'Minhyuk' dari btob tu..sebab nama hero novel dan member btob sama..Part tu yang rasa kelakar..Aku suka sebab penulis tak lupa memasukkan unsur2 ke-korea-an dalam novel ini seperti pertuturan dalam bahasa korea,cara mengira umur korea dan ayat formal informal korea...Dan tidak lupa juga ada kpop terselit disitu ahahah

Pendapat tentang novel ini:
Hurm sejujurnya novel ini tidak lah begitu DAEBAK bagi aku sebab jalan cerita dia yang aku rasa dah macam sinetron korea..ahahaha lagipun plot novel ni macam citer 'the inheritor' sebab banyak sangat dugaan nya.. si heroin juga selalu sangat mengalir air mata membuatkan aku annoyed kadang2 dengan watak aimin..Percintaan diaorang ni macam tarik tali dan aku macam boleh expect apa yang akan terjadi selepas itu.Tapi bukan semuanya teruk..ada juga yang best bagi aku contohnya tanggapan orang dan persepsi masyarakat bila couple dengan orang yang berlainan agama dan berlainan negara.Macam kes diorang yang pergi date pon orang pandang semacam je..ahahah sebab Minhyuk tinggi dan aimin rendah..tu memang aku boleh relate la sbb junhong pon tinggi ahahah selebet nak interframe junhong..and aku suka bila ada scene yang pekerja tiket wayang tu excited bila tau pakwe aimin tu korea..ahahah pandai ckp melayu plak tu..kalau aku pon excited tanya macam2..Novel ni pon aku rasa tujuan utama novel ni nak mempertengahkan kes kes kawin dengan orang berlainan agama ni..memang sebab bila aku baca pon aku dapat banyak ilmu dari novel ni..ye la selama ni ingat kalau nk kawin dgn orang korea tu senang je walaupun die agama lain kan..macam selalu cakap dgn ibu "nanti suruhla zelo tu masuk islam bila dh nak kawin" ahahah rupanya bila baca novel ni..baru sedar yang masuk islam bukan semata mata nak kawin..kena la ikhlas nak memeluk islam dan mendapat hidayah..tak boleh terus kawin masuk islam je..tu antara pengajaran yang aku dapat dan baru aku faham kenapa keluarga aimin memang tak nak menantu dgn org berlainan agama..jadi bagi aku novel ini memang bagus lah untuk sesiapa yang bercita cita pasang niat nak kawin dgn org korea macam aku puahahahah or nak kawin dgn orang yang tak sama agama..memang deep and i can relate too ahahaha

Bintang:
urm oleh disebabkan aku rasa 50/50 pasal jalan cerita novel ni..aku bagi...
☆ 3 bintang!

You May Also Like

0 comments

assalamualaikum..
anda coment anda comel..
coment yer..kamsahamida..