facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

haneulinseoul


Sila klik banner kalau nak join.
Syarat-syarat nya ialah :


1.) Buat entri bertajuk "GIVEAWAY MY 1ST ANNIVERSARY BLOG ". 
TEMPEK BANNER atas ni ke entri korang, jangan lupa pastikan Banner di link kan ke entri GA ni yea.. dan Publish entri. jangan lupa Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen kat entri GA ni sahaja.. kat tempat lain x dilayan.. harap maaf yea.. sila ikut arahan kalau taknak penyertaan terbatal..=)

TOLONG JUJUR YEA!

2.) Wajib Follow Blog (akan di check!) 

❤ Follow Blog Tengkubutang  | ❤ Follow Blog Linda 
❤ Follow Blog KucenKucenBelog |  ❤Follow Blog  HoneyOyeke   
 ❤ Follow Twitter | ❤add FB Gina Kojuji's House  | ❤ add FB Tengkubutang Miaw


3.) Wajib Like Fanpage Sponsor (akan di check!) 

Like Fanpage EMBUN BEAUTY HOUSE
Like Fanpage My Sweetcomel Vitashop

  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- SENARAI HADIAH 
❤ Top Refferal 
Zink Shaklee
❤ Random.org
Shawl x 1 pemenang
Pashmina x 1 pemenang
Topup RM10 x 2 pemenang
Cute Keychain x 2 pemenang
Replica Sunglasses Rayban x 1 pemenang
Notebook cute x 1 peemnang
Handphone Strap x 2 pemenang

Cute Hair Clip x 1 pemenang
Pritzel x 1 pemenang

Saya sudah join.Mari sama-sama kita join give away gempak ni!

22:44 No comments

Front Cover


Back Cover


Tajuk: Cintaku Tertinggal Di Korea.
Penulis: Ania Malna
Terbitan:Karya Seni
Harga:RM 26.00
Masa yang diambil untuk menamatkan novel ini: 1 hari setengah.

Sipnosis kasar:
Mengisahkan percintaan antara Son Minhyuk si jejaka Korea dan Aimin Hazwani gadis Malaysia yang berputik ketika Aimin belajar di Korea.Percintaan mereka yang yang dugaan kerana tidak sama agama dan status kedudukan yang ibarat pipit dan enggang.Berlaku pula tragedi yang membuatkan Aimin koma dan bertarung nyawa untuk hidup.Dapatkah hubungan cinta mereka bertemu dengan kebahagian?Atau perlukah Aimin meninggalkan cintanya itu di Korea?Kalau nak tahu lebih lanjut kene la beli novel ini ya.... hahahah tak nak bagi spoiler.

Scene favourite: 
Bila Minhyuk bawak Aimin pergi ke Lotte World lepastu time tu ada concert artis kpop.Banyak la fans semua rupanya concert dari kumpulan BTOB.Part kelakar bila fans sebelah minhyuk dan aimin menjerit nama 'Minhyuk' dari btob tu..sebab nama hero novel dan member btob sama..Part tu yang rasa kelakar..Aku suka sebab penulis tak lupa memasukkan unsur2 ke-korea-an dalam novel ini seperti pertuturan dalam bahasa korea,cara mengira umur korea dan ayat formal informal korea...Dan tidak lupa juga ada kpop terselit disitu ahahah

Pendapat tentang novel ini:
Hurm sejujurnya novel ini tidak lah begitu DAEBAK bagi aku sebab jalan cerita dia yang aku rasa dah macam sinetron korea..ahahaha lagipun plot novel ni macam citer 'the inheritor' sebab banyak sangat dugaan nya.. si heroin juga selalu sangat mengalir air mata membuatkan aku annoyed kadang2 dengan watak aimin..Percintaan diaorang ni macam tarik tali dan aku macam boleh expect apa yang akan terjadi selepas itu.Tapi bukan semuanya teruk..ada juga yang best bagi aku contohnya tanggapan orang dan persepsi masyarakat bila couple dengan orang yang berlainan agama dan berlainan negara.Macam kes diorang yang pergi date pon orang pandang semacam je..ahahah sebab Minhyuk tinggi dan aimin rendah..tu memang aku boleh relate la sbb junhong pon tinggi ahahah selebet nak interframe junhong..and aku suka bila ada scene yang pekerja tiket wayang tu excited bila tau pakwe aimin tu korea..ahahah pandai ckp melayu plak tu..kalau aku pon excited tanya macam2..Novel ni pon aku rasa tujuan utama novel ni nak mempertengahkan kes kes kawin dengan orang berlainan agama ni..memang sebab bila aku baca pon aku dapat banyak ilmu dari novel ni..ye la selama ni ingat kalau nk kawin dgn orang korea tu senang je walaupun die agama lain kan..macam selalu cakap dgn ibu "nanti suruhla zelo tu masuk islam bila dh nak kawin" ahahah rupanya bila baca novel ni..baru sedar yang masuk islam bukan semata mata nak kawin..kena la ikhlas nak memeluk islam dan mendapat hidayah..tak boleh terus kawin masuk islam je..tu antara pengajaran yang aku dapat dan baru aku faham kenapa keluarga aimin memang tak nak menantu dgn org berlainan agama..jadi bagi aku novel ini memang bagus lah untuk sesiapa yang bercita cita pasang niat nak kawin dgn org korea macam aku puahahahah or nak kawin dgn orang yang tak sama agama..memang deep and i can relate too ahahaha

Bintang:
urm oleh disebabkan aku rasa 50/50 pasal jalan cerita novel ni..aku bagi...
☆☆☆ 3 bintang!
00:23 No comments


 Siapakah Taja dan siapa diri Thaza yang sebenarnya?
Taja nama panggilan dekat alam maya seperti facebook,twitter,youtube dan sebagainya.Seorang yang lantang bila bercakap tanpa menghiraukan sekeliling.Seorang yang agak gila-gila dan jenis yang tak peduli apa orang cakap.

Thaza pulak rasanya seorang yang lebih bersikap timid.Family dengan kawan yang rapat je panggil dengan nama thaza.Rasenyer seorang yang agak pemalu dan selalu pendamkan apa yang ada dekat fikiran.jenis yang malu nak tegur orang yang tak dikenali tapi bila dah lama lama kenal mulalah perangai gila nya datang.



          Perangai nakal yang orang tak tahu? 
Seorang yang pemalas tahap infiniti tapi kadang-kadang boleh jadi rajin kalau mood tak berapa nak baik or kalau dah bosan sangat.
Haiwan peliharaan?
Seekor hamster yang gemuk yang bernama Yeollie sempena nama bias dalam exo Chanyeol.

Selalu bertegang urat dengan siapa diantara adik-beradik dan siapa yang sering mengalah?
Dengan adik.Dan yang selalunya mengalah aku sebab hanba seorang kakak yang misali..Erkk padahal sebab adik lelaki..Lagi kuat kalau dia belasah den.LOL

Perkara yang teringin nak buat dan dah tercapai?
jumpa kekasih hati Zelo BAP face to face.

Dalam hubungan Taja seorang yang?
Loyal,jujur,fun,sporting,gila gila dan romantik? eheks

Suka kejutan?
Suka tapi kalau kejutan yang baik dan seronok la..kalau kejutan yang teruk or tak baik tu siapa yang suka?

Ada petua jaga kulit?
Erk tak da pun sebenarnya...Muka comot je selalu ahahah banyakkan minum air dan dapatkan tidur yang cukup.

Makeup atau tanpa makeup?
kadang-kadang kalau rajin pakai la makeup.Tu pon simple makeup je..tapi selalu nya malas nak pakai makeup kalau pergi keluar area yang dekat dekat je...Maklumlah natural is beauty,ya know?!

Mula bersolek seawal umur?
Tak pernah make up tebal gila gaya artis..selalunya just bb cream,compact powder dengan lip balm.Dari umur 15 tahun kot pakai macam tu je...ahahaha simple!

5 cara release tension?
-makan
-menyanyi
-menari
-tengok movie
-crying and yelling like a mad girl.

Thats all for today ecehhh..Kuiz ni siapa nak kopi pes buat kat blog pon boleh sebab aku pon kopipes je...ahahah by the way happy new year peeepsss!! dah mula pasang azam??me??oh azam dari 3 tahun lepas pon tak tercapai so tak da maknanya nak berazam lagi...ahahahah p/s kalau tengok font entry ni semacam kecik besar kan?sorry sebab i had to copy paste the 'j' letter sebab keyboard tak boleh taip letter tu...T_T
02:58 No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amet nibh vulputate.

Follow Us

recent posts

Blog Archive

  • ►  2017 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2014 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
    • ▼  January (3)
      • GIVEAWAY MY 1ST ANNIVERSARY BLOG
      • Review:Cintaku Tertinggal DI Korea (Ania Malna)
      • Quiz About Myself
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
  • ►  2012 (6)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  January (1)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates